Mak cakap aku dah besar, dah form4, so takboleh jadi pemalas. Kalau dulu , baju kotor pun aku campur dkt baju bersih, sekarang aku kena ubah dah perangai tuh. Tetibe tadi mak kata ' selagi kau tak reti uruskan makan minum, pakaian, hal rumah , selagi tuh kau tk bole kahwin' aik? Bila masa aku cakap nak kahwin nie. Aiyoo
Pandai mak aku buat jadual senyap2 en. Mulai minggu depan khamis hingga ahad AKU YANG HANDLE HAL2 RUMAH AND MAKANAN AND PAKAIAN BLA BLA BLA. Thats mean aku yang masak, aku yang basuh pinggan, aku yang kemas rumah and aku jugak yang basuh baju. Mak, simpatilah pada saya.
Adik aku mulut mcm longkang sedap hati cakap kalau dgn aku makan sehari sekali je. Ingat aku jahat sangat ke? Aku sayang adik2 aku doe! Nasib baik mak dah bnyak ajar aku memasak, so rasanya mungkin hal masak ni takda masalah kot. Yang bermasalahnya kalau bab2 basuh baju lah. Pernah sekali mesin basuh meletup aku buat , kang yang ni meletup lg mati aku kena ganti. Takpalah aku try sehabis mungkin.
Aku tahu mesti ada sebab mak buat mcm nie. Yelah, mane tau nanti mak ayah dah tua , tak larat nak masak, siapa lg yang kena sediakan makanan selain aku kan. Farhana. Please be matured! Tapi dkt rumah jelah. Hii. Kau dah 16 tahun! Ingat.
