Saturday, March 17, 2012

18.3.2012

Aku teringat kisah hidup aku. Tadi terbuka diari aku tahun lepas. Yg aku start dari darjah 6 smpai awal bulan 1 nie. Diari tuh aku bg nama YOUME. Hanya ex aku saja tahu. Kira selama beberapa thun aku couple dgn dia, segala kenangan manis dan pahit aku luahkn kt situ. Namun, semuanya telah berakhir. Kalau die sayangkan aku, die mesti ingat harini hari ape. Hari dimana kami brdue first met. Sebenarnya aku post ni bukan nak ingat die balik. Dulu before aku pindahkan hati yg sakit ke lelaki lain, aku ragu2, aku was-was, adakah aku akan menerima kau semula? Maybe untk kali yg ke-tiga?
Dan sekarang, aku dah dapat jawapan die. And aku rase kau pun tahu kan. Aku mengaku jarak umur kita trlampau berbeza. Budak universiti , sedangkan aku hanya sekolah menengah. Sepanjang semalam, aku teringat kembali apa benda manis pernah aku buat kt kau. Aku teliti balik, adakah aku pernah jadi gf kau yg trbaik. Anggapan aku kali ini tidak. Tak semua lelaki boleh mengerti sikap aku.
Aku kuat cemburu , aku tak suka dating berdua sahaja , aku tak rela nampak kau berpegangan tangan dgn gadis lain. Selama 1 tahun lbih aku mengikat kau. Aku sedar. Mcm2 barang yg kau beri, ku susun rapi di almari dan dikunci. Harini bila aku buka, ya Allah , sekali lagi kau buat aku mengalirkan airmata. Bukan kerna aku masih sayangkan, tapi aku menyesal, menyesal mengikat kau. Sekarang, kau pergilah. Pergilah dgn bebasnya. Aku takkan pernah mengganggu kau lg. Aku doakan kau gembira, dan tolong doakan aku juga.
Aku pernah janji, aku harap kau yg terakhir aku cintai, tapi apa kan daya , tak dinafikan hatiku dah dicuri sekali lagi. Tak kira betapa kerasnya hati ini tidak mahu menyukainya, namun aku takdapat. Takdapat mengelak. Selamat tinggal azim. Terima kasih memahami aku. Doakan kebahagiaan aku k.